Wednesday, 24 August 2011

TERUS DENGAN UMPAT KEJI & KUTUK JUGA

Hari ni, kurang pahala puasaku.  Tak pasal-pasal saja terjebak dengan kumpulan yang negatif di bilik solat tadi.

Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini mulut mesti berkata baik dengan zikrullah.  Tambah-tambah selepas menunaikan solat.  Tapi terbalik pula jadinya.

Oleh kerana tak keluar makan, ramai lepak-lepak berehat saja semasa lunch break tu.  Satu orang mula bercerita dan mengata, majoriti ikut mewarnai lagi!  Jadilah umpatan keji dan kutukan yang seperti tak ada hujungnya!

Selapas 10 minit, telinga ni sudah tak tahan lagi mendengar.  Jadi terus saja cepat-cepat keluar.  Rasa geram pula ada.  Aduh!  Kurang lagi pahala!

UNTUK RENUNGAN:

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahalanya) ... "  (Riwayat Abu Hurairah ra)

7 comments:

  1. Salam Miza.
    Iman mereka masih goyah. Prinsip hidup juga tidak sihat!

    ReplyDelete
  2. Salam Miza.
    Benar tu. Banyak orang hanya menahan lapar dahaga!

    ReplyDelete
  3. Salam Miza.
    Hati belum suci murni!

    ReplyDelete
  4. Asmkm.
    Mohon maaf ya.
    Kak G lewat berkunjung balas kerana terkekang waktu - kiranya angkara terlalu ambitious!

    Kita cubalah perelokkan diri kita sendiri dulu. Itu lebih baik! Kan?

    Jom kita maksimakan usaha beribadaha di hari-hari akhir Ramadhan tahun ni. Insya Allah, diberkati.

    ReplyDelete
  5. Salam Miza.
    Mengisi masa dengan membuat dosa!

    ReplyDelete
  6. Salam Miza.
    Ramai masih begitu .. puasa lapar dahaga saja!

    ReplyDelete
  7. Salam Miza.
    Setiap kali perkara yang negatif terus dilakukan!
    Sedih kan?

    ReplyDelete