Monday, 15 August 2011

MASUK FASA KEDUA

Diam tak diam, kita sudah pun selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan tahun ini selama dua minggu.  Maknanya kita sudah pun separuh jalan.

Hari ini adalah hari kelima belas.  Boleh dikatakan juga sudah pun melangkah masuk ke Fasa kedua bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Semua yang tahu tengah menghitung malam Lailatul Qadar di mana ganjaran pahalanya berlipat-lipat ganda lagi.  Siapa yang tidak mahu?

Mengikut kiraan, malam Lailatul Qadar berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan. Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi, dan diberkati dengan barakah malam Lailatul Qadar.  Amin.

6 comments:

  1. Salam Miza.
    Cepatnya masa berjalan.
    Selamat terus beribadah.

    ReplyDelete
  2. Salam Miza.
    Selamat meneruskan amal ibadah.

    ReplyDelete
  3. Aslmkm.
    Selamat meneruskan amal ibadah.

    ReplyDelete
  4. Salam Miza.
    Ya. Kita cuba perbaiki ibadah.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Miza.
    Ya, kita cubalah.

    ReplyDelete