Monday, 29 August 2011

RAYA TIBA

Tadi telah diisytiharkan bahawa besok adalah Hari Raya Aidilfitri.  Ramadhan sudah pun tidak bersama kita lagi.

Sempena merayakan kejayaan Ramadhan, marilah kita sama-sama merayakan dengan niat dan cara yang baik sesuai dengan perintah Allah.  Semoga kita diberkati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, 24 August 2011

TERUS DENGAN UMPAT KEJI & KUTUK JUGA

Hari ni, kurang pahala puasaku.  Tak pasal-pasal saja terjebak dengan kumpulan yang negatif di bilik solat tadi.

Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini mulut mesti berkata baik dengan zikrullah.  Tambah-tambah selepas menunaikan solat.  Tapi terbalik pula jadinya.

Oleh kerana tak keluar makan, ramai lepak-lepak berehat saja semasa lunch break tu.  Satu orang mula bercerita dan mengata, majoriti ikut mewarnai lagi!  Jadilah umpatan keji dan kutukan yang seperti tak ada hujungnya!

Selapas 10 minit, telinga ni sudah tak tahan lagi mendengar.  Jadi terus saja cepat-cepat keluar.  Rasa geram pula ada.  Aduh!  Kurang lagi pahala!

UNTUK RENUNGAN:

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahalanya) ... "  (Riwayat Abu Hurairah ra)

Monday, 15 August 2011

MASUK FASA KEDUA

Diam tak diam, kita sudah pun selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan tahun ini selama dua minggu.  Maknanya kita sudah pun separuh jalan.

Hari ini adalah hari kelima belas.  Boleh dikatakan juga sudah pun melangkah masuk ke Fasa kedua bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Semua yang tahu tengah menghitung malam Lailatul Qadar di mana ganjaran pahalanya berlipat-lipat ganda lagi.  Siapa yang tidak mahu?

Mengikut kiraan, malam Lailatul Qadar berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan. Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi, dan diberkati dengan barakah malam Lailatul Qadar.  Amin.