Thursday, 3 November 2011

RAYA LAGI

Kerajaan kita telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Ahad, 6 hb November nanti.  Jadi kita ada dua hari lebih lagi untuk siap-siap!

Kita akan raya lagi.  Sempena itu, diucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Monday, 24 October 2011

TERUS RASA MALAS

Ada lagi perubahan.  Bagi diriku dah semakin hilang minat!

Sebenarnya sebab utama pun memang nak senang akses dan baca blog kegemaran.  Tiba-tiba blog tu hilang begitu saja.

Sekarang terus rasa malas.  Kalau begini juga, mungkin undur diri saja la!

Sunday, 9 October 2011

APA JADI?

Aduh!  Blog favouriteku sudah tidak ada pulak!  Apa yang jadi?

Mungkin ada masaalah teknikal agaknya.  Harap-harap segera selesai.  Aku suka N3nya.

Sunday, 25 September 2011

NAIK BADAN BERGANDA

Semasa puasa bulan Ramadhan tu berat badan turun la tiga kilo.  Rasa seronok betul sebab memang minta sangat supaya berat badan turun.

Kiranya Raya dah selesai.  Hari ini kami tak ada jemputan rumah terbuka lagi.

Jadi kejap tadi semua ahli keluarga timbang badan semula.  Saja nak tengok samada ada kesan ke atas berat badan atau tidak.

Aduh!  Semua naik berat.  Yang mengecewakan ialah naiknya lebih banyak dari turun semasa bulan puasa!

Saturday, 10 September 2011

PUASA ENAM

Walaupun masih dalam mood Raya, kita sudah pun masuk minggu kedua Syawal.  Cepat sungguh masa berjalan.

Ikutkan hati, memang banyak jemputan ke rumah-rumah terbuka lagi.  Tapi kita tak boleh berterusan begini.  Nanti tak terkejar dengan masa.

Jadi hari ini, kami sekeluarga kebanyakkannya sudah mula berpuasa enam Syawal.  Mungkin ramai orang sudah pun melakukannya juga.

Semoga kita mendapat rahmat ganjaran terbaik.  Amin.

Monday, 29 August 2011

RAYA TIBA

Tadi telah diisytiharkan bahawa besok adalah Hari Raya Aidilfitri.  Ramadhan sudah pun tidak bersama kita lagi.

Sempena merayakan kejayaan Ramadhan, marilah kita sama-sama merayakan dengan niat dan cara yang baik sesuai dengan perintah Allah.  Semoga kita diberkati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, 24 August 2011

TERUS DENGAN UMPAT KEJI & KUTUK JUGA

Hari ni, kurang pahala puasaku.  Tak pasal-pasal saja terjebak dengan kumpulan yang negatif di bilik solat tadi.

Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini mulut mesti berkata baik dengan zikrullah.  Tambah-tambah selepas menunaikan solat.  Tapi terbalik pula jadinya.

Oleh kerana tak keluar makan, ramai lepak-lepak berehat saja semasa lunch break tu.  Satu orang mula bercerita dan mengata, majoriti ikut mewarnai lagi!  Jadilah umpatan keji dan kutukan yang seperti tak ada hujungnya!

Selapas 10 minit, telinga ni sudah tak tahan lagi mendengar.  Jadi terus saja cepat-cepat keluar.  Rasa geram pula ada.  Aduh!  Kurang lagi pahala!

UNTUK RENUNGAN:

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahalanya) ... "  (Riwayat Abu Hurairah ra)

Monday, 15 August 2011

MASUK FASA KEDUA

Diam tak diam, kita sudah pun selamat menjalani ibadah bulan Ramadhan tahun ini selama dua minggu.  Maknanya kita sudah pun separuh jalan.

Hari ini adalah hari kelima belas.  Boleh dikatakan juga sudah pun melangkah masuk ke Fasa kedua bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Semua yang tahu tengah menghitung malam Lailatul Qadar di mana ganjaran pahalanya berlipat-lipat ganda lagi.  Siapa yang tidak mahu?

Mengikut kiraan, malam Lailatul Qadar berada di dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan.  Marilah kita sama-sama menghidupkan malam-malam terakhir ini.

Semoga kita dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan. Semoga dengan itu kita dapat meneruskan amal ibadah dengan lebih baik lagi, dan diberkati dengan barakah malam Lailatul Qadar.  Amin.

Sunday, 31 July 2011

RAMADHAN 1432H

SELAMAT MENYAMBUT

RAMADHAN AL MUBARAK

1432 HIJRAH

Semoga kita semua diberkati dengan kesihatan dan kekuatan untuk berpuasa dan melakukan ibadah-ibadah yang berkaitan. Semoga semua amalan kita diterima. Amin.

Saturday, 16 July 2011

PENGARUH INDON SEMAKIN MENEBAL

Mula-mula kita dengar begitu ramai pendatang-pendatang Indonesia mendapat kad pengenalan Malaysia.  Kad mereka menunjukkan angka data seperti rakyat kita yang dilahirkan di luar negara iaitu angka '71' sebagai rujukannya.

Sekarang Astro mengadakan saluran khas untuk peminat Indon.  Semestinya memang sasaran ialah orang-orang Indon yang begitu ramai berada di Malaysia.

Hari ini, dengar kabarnya sebuah surat khabar harian, Jawa Pos, akan membuat liputan dan cetakan di Malaysia kita.  Katanya tujuannya ialah untuk menggalakkan perhubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia.

Hebat betul pengaruh Indon di negara kita sekarang!

Wednesday, 29 June 2011

TERKEJUT KATAK!

Kalau orang yang rasional, mesti terkejut katak dengan perbelanjaan lawatan resmi untuk PM kita selama masa dua tahun dia memegang pucuk pimpinan sejak 2009.  Berjuta-juta wang rakyat dibelanjakan!

Apa yang amat ketara ialah jumlah tahun pertama saja sudah tiga kali ganda perbelanjaan yang dibuat oleh mantan PM Pak Lah sebelumnya.  Setengah tahun ini saja pun sudah lebih RM 5juta.

Sebagai rakyat prihatin, kita mesti mengingatkan pemimpin.  Mandat kuasa yang diberikan ialah untuk kebajikan rakyat. 

Jadi mereka mesti menunaikan kewajipan dengan penuh tanggung-jawap.  Berjimat itu adalah juga amanah rakyat!

Saturday, 18 June 2011

KECUH PASAL HACKING

Sudah berapa hari ramai orang runsing kerana ada berita sistem IT akan digodam oleh kumpulan 'Anonymous' secara berleluasa.  Mungkin calang-calang pulak.  Mereka mahu godam sistem kerajaan.

Macam mana pulak terjadi begini?  Siapa mereka yang berniat jahat ni?

Apa yang jelas ada orang jahat dalam masyarakat kita.  Mereka pengecut kerana tidak berani tampil dengan identiti jelas!

Monday, 13 June 2011

KECUH JUGA YA

Sana sini begitu banyak orang ghairah dengan konsep 1Malaysia.  Begitu banyak duit rakyat dihabiskan kononnya untuk merealisasikan masyarakat 1Malaysia ini.

Rupanya hampeh juga.  Bila anak campuran lahir, tak ada bangsa Malaysia!  Bangsa tetap mengikut bangsa bapa!

Kalau bapa Melayu, jadi anaknya Melayu; kalau bapa Cina, bangsa anaknya Cina.  Bangsa ibu tak ada impak.  Jadi biar ibu bapa Melayu dan Cina, tak ada bangsa Malaysia.  Tentu sekali tak ada bangsa Mecina atau Melayucina.

Kecuh juga persoalan ini.  Kempen bagai nak rak; habis berjuta-juta Ringgit.

Tetapi hakikatnya tetap sama!   Banyak yang dicakap memang tak serupa bikin!!!

Thursday, 2 June 2011

BUDAYA BARAT DI MALAYSIA SEMAKIN KUKUH

Budaya Barat mengenai bahan makanan, budaya makan dan budaya bersosial sudah sebati di kalangan masyarakat kita.  Sekarang budaya Barat ini semakin kukuh.

Apa tidaknya, cara hidup berhutang atau kredit sudah begitu meluas dan berleluasa.  Tidak cukup dengan cara menggunakan kad kredit.  Sekarang sudah meluas dengan cara kredit tetap di gedung.

Kerajaan menggenakan bayaran bagi pemilik kad kredit.  Konon katanya bagi mengurangkan orang ramai bergantung kepada kad kredit.  Benarkah begitu?

Kalau benar, kenapa dibiarkan gedung seperti Courts Mammoth berleluasa memberi belian kredit kepada orang ramai?  Satu barang yang asalnya hanya RM500 boleh berlipat kos setelah selesai hutang kreditnya!

Tarikan gedung seperti ini ialah dengan tiada bayaran muka dan bayaran ansuran bulanan yang begitu rendah.  Orang yang gaji atau pendapatannya RM500 ke bawah pun sudah boleh membeli secara kredit.

Budaya ini memang tidak sihat.  Fikir-fikirlah sendiri.

Wednesday, 25 May 2011

THE FREEZE ON CIVIL SERVICE RECUITMENT

I for one fully support this move to temporily freeze new intakes in the civil service.  Memang dah long overdue.

Statistical evidence proved that Malaysia has one of the largest proportion in terms of civil servants to the population.  Apa kes?

It is true that what counts towards development and properity is quality of work, not the number in the work force.  Many in the know have been pushing for this.

But the labor organizations like Cuepacs is pushing for more intake.  The president has been quite outspoken.

But his logics seemed to be guided by his need to remain popular among the work force.  Aku yakin!

Saturday, 14 May 2011

BLOGGER SISTEM SAWAN

Mula tu memang ramai orang mencari-cari sebab kenapa tak boleh akses.  Lepas tu keluar mesej dari Blogger memberitahu bahawa mereka tengah servis untuk maintenance.

Katanya sejam saja.  Tetapi berjam-jam, ada masaalah.  Kemudian udah keluar mesej kata boleh baca saja.

Seharian begitu, baru keluar mesej kata ada masaalah.  Hilang pula semua aktiviti blogging.

Memang bukan aku sorang jer.   Majoriti mesti pening giler!

Friday, 6 May 2011

JOM PERGI TENGOK JAMAL

Walaupun Jamal Abdilla itu idola mama,  Miza pun suka dengan suaranya.  Boleh cair rasanya.  Hehe.

Pada 17 Mei nanti Jamal akam mengadakan pertunjukan bersempena Hari Ibu.  Mama ajak Miza pergi, tentu sekali Miza tak tolak.  Bukan senang nak tengok Jamal.

Akhir sekali Miza tengok Jamal ialah tahun lalu.  Itu pun dengan mama juga.  Mama memang mengikuti perkembangan idolanya ni.  Hebat penangan Jamal kan?

Saturday, 30 April 2011

BAGAI RAJA & RATU!

Berjuta-juta rakyat dunia menjadi saksi kepada perkahwinan Di Raja antara seorang wanita dari kalangan orang biasa dengan putera kerabat Di Raja.  Kedua-duanya mempelai bagaikan raja dan ratu.


Memang la!  Semua pengantin adalah raja dan ratu raja sehari!  Jelas terbayang kegembiraan  cinta kasih antara Putera William dan isterinya, Kate Middleton.

Saturday, 23 April 2011

TAKUT MENGATA

Minggu ni sebenarnya ada bermacam-macam cerita.  Tapi kebanyakan cerita tu memang pasal mengata saja.

Sejak akhir-akhir ini, selalu ingat pesan Kak G: lakukan yang baik2.  Takut la nak ikut mengumpat dan kata nista lagi.

Mudah-mudahan ini satu permulaan yang baik.  Jika boleh biarlah ke arah kebaikan saja.  Mungkin tak mudah, tapi Miza nak cuba juga. 

Thursday, 14 April 2011

PASAL IKUT MENGIKUT

Kata kawan, sebenarnya terpulang kepada kita, nak gah-gah ramai dengan segera ataupun biar man-man saja.  Banyak bloggers mencari pendapatan sampingan.  Oleh kerana itu mereka nak segera ramai-ramai. 

Kalau begitu biar saja perlahan-lahan.  Tujuan Miza hanya nak senang masuk blog dan membaca paparan yang menarik.

Tuesday, 12 April 2011

HIASI BLOG

Alang-alang tu hiasi blog jugalah.  Mesti juga nak cantik!  Hikhik.

Baru nak menggayakan wajah ni.  Hari mula tu tak dapat nak lakukan sebab ada masaalah teknikal.

Sunday, 10 April 2011

DAFTAR DIRI

Susah sangat nak masuk baca blog.  Jadi ikut daftar sajalah.  Agaknya ini cara terbaik. 

Sebenarnya suka baca saja.  Tak pandai bercerita.  Tengoklah macam mana nanti.