Mula-mula kita dengar begitu ramai pendatang-pendatang Indonesia mendapat kad pengenalan Malaysia. Kad mereka menunjukkan angka data seperti rakyat kita yang dilahirkan di luar negara iaitu angka '71' sebagai rujukannya.
Sekarang Astro mengadakan saluran khas untuk peminat Indon. Semestinya memang sasaran ialah orang-orang Indon yang begitu ramai berada di Malaysia.
Hari ini, dengar kabarnya sebuah surat khabar harian, Jawa Pos, akan membuat liputan dan cetakan di Malaysia kita. Katanya tujuannya ialah untuk menggalakkan perhubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia.
Hebat betul pengaruh Indon di negara kita sekarang!