Wednesday, 29 June 2011

TERKEJUT KATAK!

Kalau orang yang rasional, mesti terkejut katak dengan perbelanjaan lawatan resmi untuk PM kita selama masa dua tahun dia memegang pucuk pimpinan sejak 2009.  Berjuta-juta wang rakyat dibelanjakan!

Apa yang amat ketara ialah jumlah tahun pertama saja sudah tiga kali ganda perbelanjaan yang dibuat oleh mantan PM Pak Lah sebelumnya.  Setengah tahun ini saja pun sudah lebih RM 5juta.

Sebagai rakyat prihatin, kita mesti mengingatkan pemimpin.  Mandat kuasa yang diberikan ialah untuk kebajikan rakyat. 

Jadi mereka mesti menunaikan kewajipan dengan penuh tanggung-jawap.  Berjimat itu adalah juga amanah rakyat!

Saturday, 18 June 2011

KECUH PASAL HACKING

Sudah berapa hari ramai orang runsing kerana ada berita sistem IT akan digodam oleh kumpulan 'Anonymous' secara berleluasa.  Mungkin calang-calang pulak.  Mereka mahu godam sistem kerajaan.

Macam mana pulak terjadi begini?  Siapa mereka yang berniat jahat ni?

Apa yang jelas ada orang jahat dalam masyarakat kita.  Mereka pengecut kerana tidak berani tampil dengan identiti jelas!

Monday, 13 June 2011

KECUH JUGA YA

Sana sini begitu banyak orang ghairah dengan konsep 1Malaysia.  Begitu banyak duit rakyat dihabiskan kononnya untuk merealisasikan masyarakat 1Malaysia ini.

Rupanya hampeh juga.  Bila anak campuran lahir, tak ada bangsa Malaysia!  Bangsa tetap mengikut bangsa bapa!

Kalau bapa Melayu, jadi anaknya Melayu; kalau bapa Cina, bangsa anaknya Cina.  Bangsa ibu tak ada impak.  Jadi biar ibu bapa Melayu dan Cina, tak ada bangsa Malaysia.  Tentu sekali tak ada bangsa Mecina atau Melayucina.

Kecuh juga persoalan ini.  Kempen bagai nak rak; habis berjuta-juta Ringgit.

Tetapi hakikatnya tetap sama!   Banyak yang dicakap memang tak serupa bikin!!!

Thursday, 2 June 2011

BUDAYA BARAT DI MALAYSIA SEMAKIN KUKUH

Budaya Barat mengenai bahan makanan, budaya makan dan budaya bersosial sudah sebati di kalangan masyarakat kita.  Sekarang budaya Barat ini semakin kukuh.

Apa tidaknya, cara hidup berhutang atau kredit sudah begitu meluas dan berleluasa.  Tidak cukup dengan cara menggunakan kad kredit.  Sekarang sudah meluas dengan cara kredit tetap di gedung.

Kerajaan menggenakan bayaran bagi pemilik kad kredit.  Konon katanya bagi mengurangkan orang ramai bergantung kepada kad kredit.  Benarkah begitu?

Kalau benar, kenapa dibiarkan gedung seperti Courts Mammoth berleluasa memberi belian kredit kepada orang ramai?  Satu barang yang asalnya hanya RM500 boleh berlipat kos setelah selesai hutang kreditnya!

Tarikan gedung seperti ini ialah dengan tiada bayaran muka dan bayaran ansuran bulanan yang begitu rendah.  Orang yang gaji atau pendapatannya RM500 ke bawah pun sudah boleh membeli secara kredit.

Budaya ini memang tidak sihat.  Fikir-fikirlah sendiri.