Saturday, 30 April 2011

BAGAI RAJA & RATU!

Berjuta-juta rakyat dunia menjadi saksi kepada perkahwinan Di Raja antara seorang wanita dari kalangan orang biasa dengan putera kerabat Di Raja.  Kedua-duanya mempelai bagaikan raja dan ratu.


Memang la!  Semua pengantin adalah raja dan ratu raja sehari!  Jelas terbayang kegembiraan  cinta kasih antara Putera William dan isterinya, Kate Middleton.

Saturday, 23 April 2011

TAKUT MENGATA

Minggu ni sebenarnya ada bermacam-macam cerita.  Tapi kebanyakan cerita tu memang pasal mengata saja.

Sejak akhir-akhir ini, selalu ingat pesan Kak G: lakukan yang baik2.  Takut la nak ikut mengumpat dan kata nista lagi.

Mudah-mudahan ini satu permulaan yang baik.  Jika boleh biarlah ke arah kebaikan saja.  Mungkin tak mudah, tapi Miza nak cuba juga. 

Thursday, 14 April 2011

PASAL IKUT MENGIKUT

Kata kawan, sebenarnya terpulang kepada kita, nak gah-gah ramai dengan segera ataupun biar man-man saja.  Banyak bloggers mencari pendapatan sampingan.  Oleh kerana itu mereka nak segera ramai-ramai. 

Kalau begitu biar saja perlahan-lahan.  Tujuan Miza hanya nak senang masuk blog dan membaca paparan yang menarik.

Tuesday, 12 April 2011

HIASI BLOG

Alang-alang tu hiasi blog jugalah.  Mesti juga nak cantik!  Hikhik.

Baru nak menggayakan wajah ni.  Hari mula tu tak dapat nak lakukan sebab ada masaalah teknikal.

Sunday, 10 April 2011

DAFTAR DIRI

Susah sangat nak masuk baca blog.  Jadi ikut daftar sajalah.  Agaknya ini cara terbaik. 

Sebenarnya suka baca saja.  Tak pandai bercerita.  Tengoklah macam mana nanti.