Thursday, 3 November 2011

RAYA LAGI

Kerajaan kita telah mengisytiharkan bahawa Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Ahad, 6 hb November nanti.  Jadi kita ada dua hari lebih lagi untuk siap-siap!

Kita akan raya lagi.  Sempena itu, diucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Monday, 24 October 2011

TERUS RASA MALAS

Ada lagi perubahan.  Bagi diriku dah semakin hilang minat!

Sebenarnya sebab utama pun memang nak senang akses dan baca blog kegemaran.  Tiba-tiba blog tu hilang begitu saja.

Sekarang terus rasa malas.  Kalau begini juga, mungkin undur diri saja la!

Sunday, 9 October 2011

APA JADI?

Aduh!  Blog favouriteku sudah tidak ada pulak!  Apa yang jadi?

Mungkin ada masaalah teknikal agaknya.  Harap-harap segera selesai.  Aku suka N3nya.

Sunday, 25 September 2011

NAIK BADAN BERGANDA

Semasa puasa bulan Ramadhan tu berat badan turun la tiga kilo.  Rasa seronok betul sebab memang minta sangat supaya berat badan turun.

Kiranya Raya dah selesai.  Hari ini kami tak ada jemputan rumah terbuka lagi.

Jadi kejap tadi semua ahli keluarga timbang badan semula.  Saja nak tengok samada ada kesan ke atas berat badan atau tidak.

Aduh!  Semua naik berat.  Yang mengecewakan ialah naiknya lebih banyak dari turun semasa bulan puasa!

Saturday, 10 September 2011

PUASA ENAM

Walaupun masih dalam mood Raya, kita sudah pun masuk minggu kedua Syawal.  Cepat sungguh masa berjalan.

Ikutkan hati, memang banyak jemputan ke rumah-rumah terbuka lagi.  Tapi kita tak boleh berterusan begini.  Nanti tak terkejar dengan masa.

Jadi hari ini, kami sekeluarga kebanyakkannya sudah mula berpuasa enam Syawal.  Mungkin ramai orang sudah pun melakukannya juga.

Semoga kita mendapat rahmat ganjaran terbaik.  Amin.

Monday, 29 August 2011

RAYA TIBA

Tadi telah diisytiharkan bahawa besok adalah Hari Raya Aidilfitri.  Ramadhan sudah pun tidak bersama kita lagi.

Sempena merayakan kejayaan Ramadhan, marilah kita sama-sama merayakan dengan niat dan cara yang baik sesuai dengan perintah Allah.  Semoga kita diberkati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, 24 August 2011

TERUS DENGAN UMPAT KEJI & KUTUK JUGA

Hari ni, kurang pahala puasaku.  Tak pasal-pasal saja terjebak dengan kumpulan yang negatif di bilik solat tadi.

Sepatutnya di bulan puasa yang mulia ini mulut mesti berkata baik dengan zikrullah.  Tambah-tambah selepas menunaikan solat.  Tapi terbalik pula jadinya.

Oleh kerana tak keluar makan, ramai lepak-lepak berehat saja semasa lunch break tu.  Satu orang mula bercerita dan mengata, majoriti ikut mewarnai lagi!  Jadilah umpatan keji dan kutukan yang seperti tak ada hujungnya!

Selapas 10 minit, telinga ni sudah tak tahan lagi mendengar.  Jadi terus saja cepat-cepat keluar.  Rasa geram pula ada.  Aduh!  Kurang lagi pahala!

UNTUK RENUNGAN:

Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahalanya) ... "  (Riwayat Abu Hurairah ra)